Seorang Ahli Parlimen menggesa Putrajaya meluluskan pembinaan sekolah Cina yang mendapat dana daripada sumbangan orang awam.

Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata, mereka disebalik sekolah yang dicadangkan itu sudah mengemukakan pelan pembinaan tetapi tiada maklumbalas daripada Kementerian Pendidikan.

Wee berkata, tanpa kebenaran kementerian, pembinaan sekolah ini tidak boleh dijalankan.

“Banyak lembaga pentadbir sekolah ini membuat kutipan dan mereka mempunyai cukup dana untuk membina sekolah.

“Mereka mendapat kebenaran yang diperlukan, bukan hanya kementerian. Ia juga perlu kelulusan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,” kata beliau ketika membahaskan belanjawan untuk sektor pendidikan di Dewan Rakyat.

Wee mendedahkan lebih RM20 juta sumbangan awam dikumpul untuk dua sekolah vernakular di Johor Bahru, SJK(C) Kuek Ho Yao dan SJK(C) Mao Yi tetapi pembinaan tidak dapat dimulakan kerana belum mendapat kelulusan kementerian.

Beliau yang juga presiden MCA berkata, banyak sekolah Cina sudah membuat acara pecah tanah tetapi menerima nasib yang sama.

-Free Malaysia Today-