Kerajaan Johor berharap Kabinet Kerajaan Perpaduan mempertimbang pembinaan  Hospital Sultanah Aminah Dua ( HSA 2) menerusi Belanjawan 2023, selepas tidak disenaraikan dalam Bajet 2023 yang dibentang di Dewan Rakyat 7 Oktober lepas.

Keperluan membina hospital ketiga di negeri itu penting memandangkan kepadatan penduduk yang tinggi dengan kadar penggunaan katil di dua hospital sedia ada mencapai 80 peratus.

Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata jika diluluskan,  HSA Dua dijangka akan mula dibina tahun depan. 

"Saya mewakili negeri Johor menyeru kerajaan baharu ini dan Menteri Kesihatan berasal dari Johor supaya membantu menjadikan projek HSA 2 menjadi kenyataan",katanya semasa persidangan dewan negeri Johor di Iskandar Puteri, Johor. 

HSA 2 bakal mengatasi isu kesesakan di Hospital Sultanah Aminah( HSA) dan Hospital Sultan Ismail ( HSI). 

-BERITA RTM -