Ilham itu adalah bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang akan disambut seluruh rakyat negara ini pada 31 Ogos ini.

Pengerusi Majlis Perundi­ngan Kebudayaan dan Kesenian Masyarakat Cina, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, acara tersebut memasuki siri kedua selepas dianjurkan tahun lalu de­ngan melibatkan kesatuan seni dan budaya seluruh negara.

“Dalam festival ini, kita mengetengahkan semua aspek kesenian Melayu, Cina dan India bagi membentuk perpaduan yang berpegang kepada semangat Gagasan 1Malaysia.

“Bagaimanapun menariknya tahun ini kita turut disertai enam buah negara lain dalam festival ini termasuk Singapura, China, Taiwan dan Indonesia, dan Jepun,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Terdahulu program itu turut diserikan dengan persembahan tarian daripada kumpulan tarian dari Taiwan.

Yang turut hadir wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taiwan, James Chang Chi Ping.

Dalam pada itu, Mei Fun berkata, pelaksanaan festival itu juga adalah bertujuan mengumpul dana bagi membantu semua persatuan kesenian untuk pemantapan program dan aktiviti.

“Selain tarian kebudayaan, kita turut mengadakan pameran dan bengkel kepada semua pihak untuk berkongsi ruang dan peluang kesenian kepada mereka yang berminat,” ujarnya.

-Utusan Malaysia-