Banner
PENGENALAN

Matlamat dan Objektif Parti

Antara Matlamat dan Objektif Parti adalah:

  • Melindungi dan mempertahankan kebebasan dan kedaulatan Malaysia;
  • Melindungi dan memartabatkan Perlembangaan Persekutuan;
  • Memartabatkan dan melindungi sistem kerajaan berparlimen demokratik berdasarkan dasar pelbagai kaum
  • Menjamin dan mengekalkan penguatkuasaan hak asasi manusia, membetulkan ketidakadilan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik;
  • Untuk memastikan hak dan kepentingan kaum Cina di Malaysia diiktiraf dan dijaga, bersama-sama dengan hak dan kepentingan kaum-kaum lain sepertimana yang diperuntukkan/terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan;
  • Mengekalkan, memelihara dan menggalakkan sikap muhibah dan harmoni di kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia untuk memastikan kemajuan yang aman serta pertumbuhan sebuah negara yang kuat dan bersatu;
  • Memupuk, melindungi, dan membangunkan kepentingan politik, sosial, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan lain-lain kaum Cina di Malaysia dengan cara yang sah dan berperlembagaan;
  • Mempertimbangkan dan membantu ahli-ahli parti menangani masalah secara menyeluruh, dan mengambil langkah untuk memastikan kebajikan mereka;
  • Mengalakkan pembangunan dan penggunaan asset ekonomi negara untuk memanfaatkan rakyat;
  • Mengalakkan taraf hidup yang tinggi dengan meningkatkan produktiviti negara;
  • Mengalakkan keadilan sosial, keselamatan ekonomi dan peluang yang sama bagi semua rakyat;
  • Mengalakkan, menubuhkan dan membangunkan aktiviti-aktiviti koperasi/ yang membangunkan sifat bekerjasama
  • Berkerja dengan parti politik di Malaysia yang mempunyai matlamat dan objektif yang sama untuk mengalakkan perkembangan politik yang sihat;
  • Memelihara dan menjaga pengunaan dan pembelajaran Bahasa Cina, dan memastikan bahawa pengajaran dan pembelajaraannya tidak akan dilarang atau dihalang sepertimana terkandung di bawah Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan;
  • Melakukan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kesejahteran parti dan ahli-ahlinya walaupun ia yang tidak disebut sebelum ini.
Falsafah Politik Parti

Ideologi politik MCA terkandung di dalam Perlembagaan Parti, iaitu secara ringkasnya:

  • Memelihara dan menjaga kebebasan demokrasi
  • Berusaha mencapai kesaksamaan untuk semua kaum
  • Menegakkan keadilan sosial
  • Menggalakkan keharmonian dan perpaduan
  • Menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial
  • Melindungi hak masyarakat Cina
Bendera Parti
Bendera parti mengandungi bintang 14 bucu berwarna kuning yang berada di atas latar biru gelap. Di bawah merupakan kod warna untuk bendera parti.
Lagu Parti
*lirik di bawah diterjemah daripada Bahasa Mandarin
MCA peneraju bangsa,
dan kami adalah tonggak pembangunan negara,
Teras parti adalah untuk tekad memelihara Perlembagaan dan Demokrasi negara,
Semarak semangat cintakan negara,
Kami berusaha dan mara ke hadapan bersama-sama,
Serentak senada dan bersemangat waja,
Bersatu padu dalam mengharungi rintangan,
Menuju visi untuk memperjuangkan masyarakat adil dan saksama
 

Klik Sini untuk mendengar lagu parti >>>

 
Ikrar Parti

Kami, sebagai ahli MCA, berikrar untuk:

1) Berkhidmat kepada Parti dan Negara dengan penuh setia, Membina sebuah masyarakat yang adil;

2) Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menjaga Kebebasan Demokrasi;

3) Mamatuhi Disiplin Parti, dan mempertahankan maruah MCA;

4) Mematuhi kepimpinan parti, dan Melaksanakan Halatuju Parti;

5) Menghormati dan Menyayangi saudara-saudari parti, dan Menguatkan Perpaduan;

6) Komited terhadap tindakan bersepadu untuk menyebarkan kebudayaan dan tradisi kita

7) Tidak menyerah kalah dalam pelaksanaan matlamat politik kami; dan,

8) Bersama-sama menggalakkan perpaduan negara dengan sepenuh hati.



Muat turun

Tatakelakuan untuk Ahli-Ahli MCA

Tatakelakuan untuk Wakil Rakyat MCA

Tatakelakuan untuk Penjawat Awam MCA

Garis Panduan Calon-Calon Pengerusi Jawatankuasa dan Pegawai Pembangunan Kampung Baru MCA