28 November 2019

Kenyataan Media Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Pahang, Dato’ Sri Hoh Khai Mun

Ketiadaan harga siling petrol mendedahkan rakyat kepada risiko kewangan

Mulai tahun depan, harga petrol akan dinaikkan satu atau dua sen setiap minggu, dan berikutnya dan ini sudah tentu akan mencetuskan tindak balas berantai, yang akhirnya akan menyebabkan kadar inflasi dan kos sara hidup meningkat sementara ekonomi negara semakin merudum.

Walaupun pengapungan harga petrol pada dasarnya mungkin boleh diterima sesetengah orang, namun kegagalan kerajaan PH untuk menetapkan harga siling bakal mengundang padah kepada rakyat. Adakah kerajaan PH telah mengkaji risiko dan kesan jangka masa panjang sekiranya harga petrol negara diapungkan mengikut harga pasaran antarabangsa?

Tanpa penetapan harga siling, rakyat terdedah kepada risiko kewangan sekiranya harga petrol dunia melambung. Walaupun kerajaan PH telah mengumumkan pemberian subsidi kepada golongan B40, namun ia masih tidak cukup untuk menampung kenaikan harga petrol ini.

Semasa PRU14, Pakatan Harapan telah memainkan isu harga petrol sebagai modal untuk menarik undi, malah ada juga menteri PH yang berjanji menurunkan harga petrol kepada RM1.50 seliter pada masa itu!

Alangkah tetapi, ini hanya satu lagi penipuan oleh Pakatan Harapan. Mereka juga gagal menstabilkan harga petrol pada kadar yang berpatutan, dan sekarang, rakyat yang terpaksa menanggung padah akibat tertipu janji-janji manis Pakatan Harapan.

-MCA online-