Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han telah menyempurnakan Sesi Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Bencana Banjir kepada 83 orang ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir di Paloh, Kluang.

Bantuan Wang Ihsan Bencana Banjir merupakan sumbangan pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) khusus untuk mangsa banjir yang menginap di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kg Melayu Batu 4 Paloh, PPS SJKC Paloh, PPS Bandar Paloh dan PPS Kg Muhibbah Paloh.
-Media Digital Johor-